Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Sistem Kolej Vokasional Terus Diperkasa

By 9 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus  (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 9 Okt (Malaysiaaktif) – “Kementerian Pendidikan akan menambah baik dan memperkasakan sistem Kolej Vokasional di seluruh negara serta memastikan kelayakan dan kelulusan mereka diterima bukan sahaja oleh MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) bahkan pengiktirafan terhadap Kolej Vokasional juga akan dilakukan bersama-sama dengan sokongan dari industri,” demikian kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ketika membuat lawatan kerja ke Kolej Vokasional Juasseh di sini kelmarin.

Mazlee turut menasihati para pelajar agar bekerja keras untuk mengubah nasib masing-masing.

“Pelajar pada hari ini merupakan masa depan negara yang akan membawa nama negara ke mata dunia, oleh itu, saya sarankan kepada pelajar-pelajar Kolej Vokasional Juasseh khasnya kautlah seberapa banyak ilmu dan kemahiran untuk masa depan dan belajarlah besungguh-sungguh,” ujarnya ketika mengakhiri ucapan.

Beliau juga mengumumkan peruntukkan sebanyak 14 juta untuk Kolej Vokasional Juasseh bagi membina bengkel-bengkel yang baharu dan memperbaiki struktur dan kemudahan sedia ada.

WhatsApp Image 2019-10-08 at 14.56.06

Mazlee ketika memberikan ucapan.

Dalam pada itu, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Fatimah Md Akhir berkata, kehadiran Dr. Maszlee  bertepatan dengan usaha Kementerian Pendidikan yang mahu bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) dijadikan pilihan utama dan bukan lagi sebagai pilihan kedua.

“Perkara ini selaras dengan matlamat transformasi pendidikan vokasional yang menjadi wadah untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir ke arah pembangunan negara dalam pelbagai bidang khasnya dalam bidang perindustrian.

“Jika dahulu pembelajaran dalam bidang vokasional ini diketegorikan sebagai pendidikan kelas kedua dan hanya untuk pelajar yang berprestasi rendah, namun kini Kementerian telah pun mengambil langkah mengarusperdanakan pendidikan vokasional, yang penting pelajar harus mengambil peluang dan ruang supaya sebaris dengan pelajar dari institusi yang lain,” katanya.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Pkharuddin Ghazali dan Pengetua-pengetua sekolah di daerah Kuala Pilah.

-AK

Tinggalkan komen anda