Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

E-Tunai Mudahkan Transaksi Pembelian

By 7 Februari 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Anuar Che Amat (Perlis)

KUALA PERLIS, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Transaksi tanpa tunai atau cashless merupakan gaya hidup semasa yang semakin mendapat perhatian serta menjadi pilihan ramai di zaman kini di mana ia merupakan merupakan inisiatif bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai.

Menurut seorang peniaga pasar malam Nur Zulaika Amani Azmi, beliau mendapat idea menyediakan sistem pembayaran tanpa menggunakan wang tunai untuk memberi nilai tambah kepada para pelanggan yang berurusan di gerai beliau.

Nur Zulaikha Amani Azmi menunjukkan aplikasi e-dompet yang digunakan untuk pembayaran di gerai beliau.

Nur Zulaikha Amani Azmi menunjukkan aplikasi e-dompet yang digunakan sistem pembayaran di gerai beliau.

“Jadi saya terfikir untuk memperkenalkan sistem e-dompet ini yang bukan sahaja memudahkan para  pelanggan untuk membuat pembayaran namun ia juga selari dengan iltizam kerajaan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Nur Zulaika turut menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia di mana ia secara tidak langsung dapat memupuk gerakan digital yang lebih selamat dan cekap, tidak kira sama ada kepada pengguna atau pemilik perniagaan.

Para pelanggan boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat pembayaran secara tunai atau menggunakan aplikasi e-dompet.

Para pelanggan boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat pembayaran secara tunai atau menggunakan aplikasi e-dompet.

“Sejak saya memperkenalkan kaedah pembayaran e-dompet ini sambutan yang diterima sangat mengalakkan terutamanya di kalangan belia dan penjawat awam kerana golongan ini selalu membuat  pembelian online.

“Dianggarkan 12 orang pelanggan menggunakan sistem ini pada satu-satu masa dan mereka juga mempunyai pilihan sama ada  untuk membeli di gerai saya dengan menggunakan wang tunai atau melalui e-dompet,” katanya lagi ketika ditemui di Pasar Malam Kuala Perlis.

Tambah beliau, sistem e-dompet ini sangat mudah  dan mempercepatkan urusan perniagaan kerana ia dibayar terus berdasarkan harga jualan di dalam talian.

“Peniaga tidak perlu lagi pergi ke bank untuk memasukkan wang hasil jualan seharian dan ini dapat mengelakkan risiko para peniaga dari dirompak,” ujarnya.

Menurut seorang pelanggan, Sufian Kamaruddin, sistem pembayaran menggunakan e-dompet sangat bagus kerana beliau tidak perlu lagi beratur panjang untuk mengeluarkan wang tunai di bank.

“Saya cuma perlu imbas kod bar yang disediakan di mana ia cuma mengambil masa lebih kurang 10 saat dan berharap agar sistem ini digunakan secara menyeluruh di pasar malam atau pasar tani di seluruh Malaysia,” ujarnya lagi.

Melalui program ini, pihak kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM450 juta yang telah diagihkan melalui one-off insentif digital bernilai RM30 kepada 15 juta rakyat yang layak mulai 15 Januari hingga 14 Mac 2020.

-NI-

Tinggalkan komen anda