Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

IPD Pasir Mas Kena Serbu

By 19 Februari 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Kota Bharu)

PASIR MAS, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Dewan Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah diserbu oleh orang ramai ekoran diskaun 50 peratus yang ditawarkan kepada pesalah trafik sempena Program Hari Bertemu Pelanggan Bersama Ketua Polis Daerah Pasir Mas bermula pada 18 sehingga 19 Feb 2020.

Sejak dari awal pagi lagi, sebelum kaunter dibuka pukul 9.00 pagi, orang ramai sudah berbaris panjang di perkarangan IPD Pasir Mas untuk mendapatkan diskaun saman yang ditawarkan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner, Mohamad Roy Suhaimi Sarif, dalam ucapannya mengesa orang ramai agar menjaga keselamatan diri bagi mengelak dari berlakunya kemalangan terutama melibatkan ahli keluarga.

“Jika ada maklumat kesalahan jenayah, bolehlah disalurkan terus ke balai polis yang berdekatan untuk memudahkan polis bertindak.

Selain daripada itu juga, beliau menyeru pihak pemimpin masyarakat dan ibu bapa agar sentiasa bekerjasama dengan pihak polis untuk membanteras jenayah sekitar kawasan kampong dan pinggir bandar.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif sedang memberi ucapan kepada orang ramai yang hadir di Hari Bertemu Pelanggan Polis IPD Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif sedang memberi ucapan kepada orang ramai yang hadir di Hari Bertemu Pelanggan Polis IPD Pasir Mas.

Beliau juga menasihati mereka yang datang hari ini yang ingin membayar saman agar bersabar dan mengikuti peraturan yang ditetapkan supaya program berjalan lancar tanpa gangguan.”

Siti Fatimah Awang 70,dari Kampung Pohon Buluh, Pasir Mas, berkata beliau dan suami datang ke sini bagi menemani cucu saudara untuk membayar saman.

“Apabila saya mengetahui ada tawaran diskaun 50% saman oleh pihak IPD Pasir Mas, saya segera mengajak cucu saya untuk datang ke sini pada hari ini bagi mengelak daripada dikenakan bayaran penuh, ” katanya sewaktu ditemui di program tersebut.

Bagi Abdul Aziz Tahir, 64 dari Kampung Kangkong, Pasir Mas pula beliau bersyukur dan berterima kasih kepada pihak polis yang mengadakan program ini bagi memudahkan orang ramai membayar saman secara diskaun.

“Tawaran pembayaran saman trafik yang diberi diskaun 50% oleh pihak PDRM betul-betul membantu pesalah trafik yang kurang berkemampuan, tawaran ini sememangnya disambut baik oleh masyarakat, hari ini kita dapat melihat ramainya orang yang datang ke perkarangan IPD Pasir Mas. Alangkah bagus program seperti ini diadakan dengan lebih kerap lagi ” katanya lagi.

Selain daripada program pembayaran saman trafik diskaun 50 peratus pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti kaunter bergerak JPJ . Program ini berakhir pukul 6.00 petang.

-NAZ

Tinggalkan komen anda