Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan Tiada Makluman Sukarelawan UM Perlu Kendali Pelajar China – Wan Azizah

By 17 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan tidak menerima makluman mengenai dakwaan sukarelawan Universiti Malaya dikehendaki mengendalikan penuntut China yang kembali meneruskan pengajian di semester baharu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan akan menyusuli perkara itu untuk sebarang tindakan lanjut.

“Pihak universiti mesti mengambil tanggungjawab untuk beri perlindungan kepada sesiapa sahaja, sukarelawan mahupun staf,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan mengenai sukarelawan UM yang dikatakan diminta menguruskan penuntut China di Kolej Kediaman 10.

Laporan itu menyebut sejumlah 550 penuntut dari China yang pulang ke kampus itu mendaftar pada 5 Feb lepas, dan sukarelawan tidak diberi latihan khusus bagi mengendalikan penuntut China, terutamanya selepas isu COVID-19.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda