Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MB Selangor Tinjau Persiapan Thaipusam

By 8 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meluangkan masa hampir satu jam turun padang dalam Program Jelajah Thaipusam 2020 di Batu Caves, di sini hari ini.

Beliau diiringi Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abdul Rahim pemimpin-pemimpin tempatan tiba kira-kira jam 6.00 petang dengan membonceng motosikal.

Amirudin yang juga ADUN Sungai Tua berkesempatan melawat gerai-gerai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sekitar kawasan pemberian makanan percuma.

Semasa ucapan ringkas, beliau berkata program tersebut bertujuan meninjau persiapan penganut Hindu yang akan menyambut Thaipusam esok.

Amirudin menaiki motosikal ketika meninjau persiapan sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Amirudin menaiki motosikal ketika meninjau persiapan sambutan Thaipusam di Batu Caves.

“Kemakmuran dan keamanan yang dinikmati rakyat di negara ini dapat dikongsi bersama melalui sambutan setiap perayaan kaum-kaum di Malaysia.

“Keunikan masyarakat memahami budaya dan agama mengukuhkan lagi perpaduan kaum sejak dahulu lagi,” katanya

Thaipusam merupakan perayaan penganut Hindu seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam, dirayakan pada bulan ‘Thai’ iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil.

Sempena perayaan Thaipusam di kuil Batu Caves, pelbagai pameran dan gerai jualan daripada agensi kerajaan, pihak swasta serta NGO turut diadakan termasuk ‘Thaneer Panthal’ (gerai) agihan makanan serta minuman secara percuma kepada orang ramai.

Dijangka lebih 600,000 penganut agama Hindu dan pengunjung akan hadir sepanjang berlangsung perayaan Thaipusam di Batu Caves.

-NAZ

Tinggalkan komen anda