Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah Terima Anugerah Khas Pengarah

By 29 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 29 FEB (Malaysiaaktif) – Kerja berpasukan dalam melaksanakan setiap program dengan kominted membolehkan Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah (PPDMT) menerima Anugerah Khas Pengarah Penerangan Negeri Melaka bagi bulan Februari 2020.

Anugerah disampaikan oleh Pengarah Penerangan Negeri Melaka, Mohd Rizal Hashim dalam Perhimpunan Bulanan semalam bertempat di Menara Persekutuan Melaka.

Menurut Rizal, anugerah Khas PPN bulanan ini diadakan sebagai satu pengiktirafan kepada Pejabat Penerangan Daerah yang menunjukkan prestasi cemerlang setiap bulan, di samping mewujudkan persaingan sihat bagi menambah baik organisasi dan program-program jabatan.

“Dalam pekerjaan, seseorang atau organisasi harus berani berubah untuk mencari sesuatu yang lebih baik, setiap perubahan sudah tentu perlukan pengorbanan, itu lah yang harus dilihat oleh semua kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Melaka untuk ubah cara bekerja selari dengan perkembangan semasa, “ujar Rizal.

Manakala bagi Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Samion, anugerah ini sebagai tanda aras untuk terus melaksanakan yang terbaik.

“Kerjasama erat ibarat satu keluarga dalam melaksanakan setiap tugas yang diberi telah membuahkan hasil dan ini dilihat oleh pihak pengurusan sebagai satu kekuatan kepada PPDMT.

“Terima kasih kepada semua anak buah saya yang siang berpanas malam berembun dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan, teruskan usaha pasti mencapai kejayaan, “ujar Mohd Noor yang juga dipilih sebagai anggota cemerlang bulan Februari.IMG-20200229-WA0007

-KN

Tinggalkan komen anda