Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penyampaian Maklumat Terus Dipergiatkan Melalui IOW

By 16 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairuzzaki Ahmad/Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

KULAI, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Usaha yang digiatkan Jabatan Penerangan Negeri Johor menerusi pelaksanaan program Info on Wheels (IOW) sangat bertepatan dalam menghebahkan maklumat-maklumat berkaitan kerajaan, khususnya yang memberi manfaat buat rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor Dzulkefly Ahmad, berkata sebanyak 54 buah program IOW telah dilaksanakan di negeri ini.

“Program hebahan ini telah dibuat di beberapa kawasan tumpuan awam di mana pelbagai risalah telah diedarkan dan sesi penerangan turut dibuat berkaitan isu e-Tunai, PeKa B40, mySalam, i-Suri, pengurangan tol dan penularan koronavirus (Covid-19) di kawasan tumpuan ramai seperti hentian bas, pasaraya dan sebagainya.

Dzulkefly Ahmad dan tetamu jemputan semasa program IOW di Pasaraya TJ Mart, semalam.

Dzulkefly Ahmad dan tetamu jemputan semasa program IOW di sebuah pasar raya, semalam.

“Rakyat perlu terus diberikan maklumat terkini dan penerangan berkaitan langkah-langkah kesiapsiagaan yang ini secara tidak langsung dapat membantu masyarakat bertindak rasional dan menangkis berita-berita palsu,” katanya.

Menurut Dzulkefly, sesi penerangan yang berterusan dapat mengurangkan tahap kebimbangan rakyat dan juga mengelakkan pengguna membuat pembelian panik seperti yang berlaku di negara jiran di mana setakat ini, penularan Covid-19 di Johor adalah terkawal.

“Mana-mana individu atau pihak yang membantu menularkan berita palsu akan di ambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Masyarakat disarankan untuk mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web SEBENARNYA.MY

Masyarakat disarankan untuk mendapatkan maklumat sahih menerusi laman sesawang SEBENARNYA.MY.

“Saya juga berharap para pengguna media sosial mendapatkan maklumat sahih menerusi perkhidmatan portal SEBENARNYA.MY yang telah dibangunkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya lagi.

Lebih kurang 180 kedai, kiosk dan pasar telah dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor Dzulkefly Ahmad bersama ADUN Senai Tee Boon Tsong serta pemimpin-pemimpin daerah Kulai pada IOW kali ini.

Menurut Pengurus Pemasaran sebuah pasar raya Maybel Yan, kebanyakkan pengguna yang datang untuk membeli-belah di sini telah menggunakan e-Tunai untuk berbelanja dan majoriti daripada mereka mengetahui mengenai cara untuk menebus RM30 ini melalui Jabatan Penerangan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia (Komunikasi Strategik) Datuk Mohd Sukari Ab Hamid.

-NI-

Tinggalkan komen anda