Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

RM315,000 Untuk 30 Kuil di Selangor – Amirudin

By 8 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan Selangor menyalurkan peruntukan berjumlah RM315,000 kepada 30 kuil di seluruh negeri tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata sumbangan itu bagi membolehkan kuil berkenaan menjalankan pelbagai aktiviti membabitkan masyarakat India, sekali gus memakmurkan rumah ibadat masing-masing.

“Sejak 2008, lebih 500 buah kuil diperuntukkan bagi membantu menaik taraf, membaik pulih struktur kuil dan melaksanakan aktiviti keagamaan.

“Malah, banyak tapak kuil telah diwarta dan diselesaikan dalam kadar segera bagi memberi laluan kepada penganut Hindu untuk meneruskan upacara keagamaan dengan lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Thaipusam Peringkat Negeri Selangor 2020 di perkarangan Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves semalam.

Amirudin (dua dari kanan) menyampaikan cek kepada salah seorang wakil kuil.

Amirudin (dua dari kanan) menyampaikan cek kepada salah seorang wakil kuil.

Turut hadir, EXCO Pemberdayaan Dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau, Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abdul Rahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Gunarajah George.

Selain itu, Amirudin yang juga ADUN Sungai Tua, berkata pemahaman terhadap budaya dan agama yang tinggi membolehkan masyarakat lebih menghormati di antara satu sama lain di negara ini.

“Masyarakat India yang beragama Hindu dan bangsa-bangsa lain dapat mengamalkan fahaman masing masing dengan hati yang senang.

“Ini membolehkan kerajaan negeri menyalurkan pelbagai insentif seperti melalui Yayasan Hijrah memberikan pinjaman mikro untuk membantu golongan miskin dengan meningkatkan jumlah peruntukan daripada RM2.2 juta kepada RM 2.5 juta.

“Di samping Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) akan menambah sebanyak RM1 juta serta Skim Grow yang dikhaskan untuk masyarakat India,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda