Skip to main content
Berita TimurTerengganu

18 Tahun Cukup Umur Memilih

By 2 Mac 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Pindaan Perlembagaan Persekutuan menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun telah diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini. Pindaan ini memberi ruang kepada mereka yang berumur 18 tahun untuk mengundi pemimpin pilihan mereka.

Pejabat Penerangan Daerah Kemaman dengan kerjasama Suruhan Jaya Pilihan Raya Negeri Terengganu (SPR) telah mengadakan program simulasi pilihan raya di Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai Kemaman.

Simulasi mengundi oleh para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Kemaman.

Simulasi mengundi oleh para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Kemaman.

Program yang berlangsung hampir dua jam itu bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai situasi sebenar pilihan raya yang diadakan di negara ini.

Melalui program ini para pelajar diberi pendedahan dan pengalaman berkaitan sistem amalan demokrasi dan tatacara pemilihan pemimpin dalam organisasi yang mengamalkan sistem demokrasi.

Para pelajar mendengar taklimat oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu.

Para pelajar mendengar taklimat oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu.

Program ini adalah salah satu aktiviti Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai di bawah kendalian Pejabat Penerangan Daerah Kemaman.

Guru penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Binjai, Rosmiza Halim, 43 yang ditemui berkata, “Program ini sangat bagus untuk didedahkan kepada pelajar supaya mereka lebih memahami demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita. Selain itu, pelajar juga akan menjadi lebih bertanggungjawab dan memahami tugas mereka sebagai warga Negara yang mementingkan perpaduan dan keamanan Negara.”

Rosmiza Halim, Guru penyelaras Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Kemaman.

Rosmiza Halim, Guru penyelaras Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Kemaman.

“Saya berharap Jabatan Penerangan dan SPR Terengganu dapat meneruskan program ini ke semua sekolah di negeri ini kerana para pelajar bakal menghadapi dan mengundi pada PRU yang akan datang,” ujarnya lagi.

Wakil pelajar Muhammad Nasrul Aliff Mohd Nasir,17 berkata, “Ini kali pertama saya melihat bagaimana proses pengundian dijalankan oleh SPR. Program seperti ini bakal memudahkan kami untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada masa hadapan.”

Antara pelajar yang terlibat.

Antara pelajar yang terlibat.

Dalam pada itu Timbalan Pengarah SPR Terengganu, Muhammad Salleh memuji Pengurusan SMK Binjai terutamanya guru penyelaras Kelab Malaysiaku dan Pejabat Penerangan Kemaman atas inisiatif untuk menganjurkan program sebegini.

Pihak SPR dalam usaha memberikan pendidikan berkaitan pilihan raya terutamanya para pelajar kerana mereka bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu menerima  cenderahati dari pengetua sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Ab. Rahman Tahar.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu menerima cenderahati dari pengetua sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Ab. Rahman Tahar.

“Ilmu dan pengalaman yang para pelajar dapat hari ini sudah pasti amat berguna kepada mereka di masa akan datang,” ujarnya lagi.

Pengetua SMK Binjai Ab. Rahman Tahar turut hadir dalam program ini.

Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada pengetua dan pengurusan sekolah tersebut.

-ii-

Tinggalkan komen anda