Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19; 106 Kes Baharu Dilaporkan, Satu Kematian Direkodkan

By 24 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Jumlah kes positif COVID-19 setakat ini adalah sebanyak 1,624 kes dengan 106 kes baharu dilaporkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 43 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan di Seri Petaling dengan 63 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.

“Sehingga kini, seramai 64 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu kes kematian baharu berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 15 kes,” katanya menerusi satu kenyataan media petang tadi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengulas keberkesanan ujian pengesanan COVID-19 menerusi teknik Real-Time Reverse TranscriptionPolymerase Chain Reaction (rRT-PCR).

“Ujian rRT-PCR yang dijalankan akan mengesan kehadiran virus COVID-19 yang terdapat di dalam badan pesakit. Justeru, ujian rRT-PCR COVID19 yang positif bermaksud individu tersebut telah dijangkiti virus COVID-19, di mana keputusan ujian yang tepat melalui teknik ini adalah penting dalam pengurusan pesakit COVID-19 yang berkesan,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda