Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Hebahan Unit Bergerak JaPen Diperhebat

By 31 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Afnan Hakimi Ab Aziz (Marang)

MARANG, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Program hebahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus diperhebat di negeri ini sebagai usaha mencegah penularan wabak COVID-19 dan mengawal pergerakan masyarakat agar terus berada di rumah.

Perbincangan sebelum hebahan dilakukan.

Perbincangan sebelum hebahan dilakukan.

Pengarah Penerangan Terengganu, Azahar Ismail berkata inisiatif itu adalah satu daripada pendekatan agensi berkaitan untuk membantu menyampaikan maklumat tepat kepada orang ramai.

“Memasuki hari ke-12 PKP dikuatkuasakan, sebanyak 400 lokasi sudah dijelajahi melibatkan 2000 kali hebahan.

Pengarah Penerangan Terengganu, Azahar Ismail turun padang bersama dalam program IOW di semua daerah yang terlibat.

Azahar Ismail (kanan) turut bersama petugas  dalam program hebahan kali ini.

“Unit Bergerak di lapan daerah digerakkan bagi menyampaikan maklumat PKP di kawasan tumpuan ramai antaranya pasar besar, pasar basah dan pasaraya serta kawasan perumahan,” katanya yang turut ditemui sempena hebahan tersebut, di sini semalam.

Menurut Azahar, selain daripada menggunakan bahasa rasmi, pihaknya juga menggunakan hebahan berbentuk dialek Terengganu untuk memberi lebih kefahaman kepada orang ramai, terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman.

Unit bergerak Jabatan Penerangan Daerah Marang ketika membuat hebahan.

Unit bergerak Jabatan Penerangan Daerah Marang ketika membuat hebahan.

“Kami juga mengedarkan risalah dan poster berkaitan langkah-langkah pencegahan COVID-19 ini dan menjangkakan hebahan ini memberi manfaat kepada orang ramai agar mematuhi PKP dengan menghadkan pergerakan di luar rumah sepanjang tempoh tersebut,” tambahnya.

-ii-

Tinggalkan komen anda