Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

MPKK Komited Menyampaikan Dasar Kerajaan Kepada Masyarakat

By 1 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norsaedah Haron/Abassalimi Mohamad (Kluang)

KLUANG, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan dalam memastikan segala agenda untuk rakyat dapat disampaikan terus kepada masyarakat.

Satu persidangan bagi mewujudkan Gabungan Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Johor (GPKKJ) untuk memilih pucuk pimpinan baharu telah diadakan, di sini, baru-baru ini.

Menurut wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang Sharul Azmi Md Kamil, penubuhan ini selaras dengan kehendak ahli-ahli yang inginkan kebajikan mereka terbela dan segala permasalahan dapat dibincang serta diputuskan secara bersama.

Sharul Azmi berharap ahli jawatankuasa yang baharu dilantik dapat menjadi peneraju untuk lebih bertanggungjawab dalam menyusun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti persatuan.

Sharul Azmi berharap ahli jawatankuasa yang baharu dilantik dapat menjadi peneraju untuk lebih bertanggungjawab dalam menyusun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti persatuan.

“Saya amat berharap ahli jawatankuasa yang baharu dilantik dapat menjadi peneraju yang lebih bertanggungjawab dan mampu menyusun serta melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan ahli.

“Disamping itu mereka juga perlu berusaha dalam mempertingkatkan keupayaan urus tadbir ahli-ahlinya yang menjadi teras kepada tujuan asal persatuan ini diwujudkan,” katanya lagi ketika menyampaikan ucapan di Persidangan Gabungan Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Johor (GPKKJ).

Taklimat mengenai dasar-dasar kerajaan melalui program Info On Wheels kepada ketua-ketua kampung turut diadakan sebelum majlis perasmian bermula.

Mohd Sharir Mohd Sani memberi taklimat mengenai dasar-dasar kerajaan melalui Info On Wheels sebelum majlis bermula.

Mohd Sharir Mohd Sani memberi taklimat mengenai dasar-dasar kerajaan melalui Info On Wheels sebelum majlis bermula.

Turut hadir, Penghulu Mukim Kluang, Musa Marzuki dan Pegawai Penerangan Daerah Kluang, Mohd Sharir Mohd Sani.
-NI-

Tinggalkan komen anda