Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Patuhi PKPD, Bendung Penularan Covid-19 Di Simpang Renggam – MB Johor

By 28 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/MEDKOM (Johor Bahru)

ISKANDAR PUTERI, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri yakin keputusan kerajaan persekutuan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terhadap dua kawasan di Simpang Renggam iaitu Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid bermula tengah malam 27 Mac 2020 sehingga 9 April sebagai langkah terbaik memutuskan rantaian COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad menerusi kenyataan akhbar yang diedarkan berkata, kerajaan negeri yakin keputusan tersebut dibuat bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan pihak terlibat sepanjang 14 hari PKPD.

“Saya menyeru semua penduduk di kawasan berkenaan agar bertenang dan mematuhi semua arahan serta memberi kerjasama yang baik kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa.

“Saya memberi jaminan keperluan makanan asas mencukupi dan akan diedarkan kepada semua penduduk sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai agar berdoa semoga keselamatan warga Simpang Renggam dan seluruh rakyat Malaysia sentiasa terjamin dan dilindungi.

-NI-

Tinggalkan komen anda