
Foto: JaPen
PUTRAJAYA, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Pihak yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh menggunakan apa jua cara termasuk kekerasan bagi memastikan perintah itu dipatuhi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.
Katanya selain itu, pihak terlibat juga boleh menahan, mendakwa sehingga dihukum penjara atau dikenakan denda oleh mahkamah sebagaimana yang telah dilaksanakan.
âKerjasama dengan pihak yang menguatkuasakan undang-undang khususnya Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) seperti petugas kesihatan, PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia), amatlah penting bagi memastikan langkah yang diambil oleh kerajaan demi menjaga nyawa rakyat, berkesan serta tidak sia-sia,â katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan media bertajuk âRakyat Kelantan degil, polis akan ketatkan sekatanâ.
Takiyuddin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mematuhi PKPÂ yang telah dilanjutkan tempohnya sehingga 14 April.
âSaya berharap kesabaran kita menghadapi tempoh getir dan mencabar ini mampu menyelamatkan nyawa semua rakyat Malaysia daripada terus diserang virus COVID-19 yang amat berbahaya serta membawa maut ini,â katanya.
— BERNAMA