Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Sumbang Pam Penyembur Bantu Hapus Virus COVID-19

By 31 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad/Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu)

KUALA NERUS, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah menyumbang 10 pam penyembur racun kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pejabat APM, Gong Badak, di sini semalam.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim kepada Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Sains dan Teknologi Ahmad Amzad Hashim menyerahkan pam penyembur racun kepada seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Sains dan Teknologi Ahmad Amzad Hashim menyerahkan pam penyembur racun kepada seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Amzad yang juga Timbalan Menteri Sains dan Teknologi, berkata sumbangan penyembur racun itu membolehkan anggota APM mempunyai peralatan tambahan bagi mempercepatkan usaha nyah cemar di sekitar kawasan tumpuan seperti pasar, perhentian bas dan institusi kewangan.

“Sebagai anggota di barisan hadapan, anggota APM perlu mempunyai peralatan yang lengkap dan sumbangan itu diharap dapat membantu APM dalam melaksanakan tugas demi negara,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Sains dan Teknologi Ahmad Amzad Hashim ketika ditemubual.

Ahmad Amzad ketika ditemubual.

Menurut Amzad, usaha untuk memutuskan rangkaian COVID-19 bukan sahaja tanggungjawab petugas kesihatan dan keselamatan, tetapi orang ramai turut berperanan menghapuskan wabak itu dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan, adalah perlu untuk orang ramai mematuhi arahan tersebut dengan tidak keluar rumah tanpa tujuan,” katanya lagi.

Ahmad Amzad membuat demonstrasi menyembur cecair pembasmi kuman menggunakan pam penyembur racun sumbangan beliau.

Ahmad Amzad membuat demonstrasi menyembur cecair pembasmi kuman menggunakan pam penyembur racun.

Amzad berkata, orang ramai tidak perlu risau untuk meneruskan kehidupan seharian kerana pelbagai insentif diperkenalkan oleh kerajan pusat dan kerajaan negeri.

“Bantuan untuk mereka yang terkesan telah dan akan diagihkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan berharap tiada yang tertinggal dalam agihan bantuan ini,” tambahnya.

Menurutnya lagi, apa yang penting buat masa ini ialah kesihatan, nyawa dan kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam, berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Amzad kerana menyumbang peralatan penyembur racun dan berharap sumbangan itu dapat mempercepatkan kerja-kerja nyah cemar di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel, Che Adam A Rahman.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel, Che Adam A Rahman.

“Sebagai anggota di barisan hadapan, APM sangat mengalu-alukan sumbangan peralatan terutama bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 dan sumbangan itu akan digunakan pada setiap operasi nyah cemar yang bermula hari ini,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda