Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

54 Ditahan Ingkar PKP di Sungai Buloh

By 12 April 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Luqman Hakim (Petaling)/MBSA

SHAH ALAM, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 54 individu ditahan pihak berkuasa kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar kawasan Sungai Buloh malam tadi.

Operasi bersepadu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh berjaya menahan 40 lelaki dan 14 wanita sekitar Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah dan Kampung Paya Jaras.

MBSA dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui Facebook hari ini, berkata operasi tersebut diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Deputi Supritendan Zainudin Abdul Hamid.

“Semua individu tersebut dibawa ke Balai Polis Sungai Pelong dan IPD Sungai Buloh bagi dikenakan kompaun mengikut Akta 171 Seksyen 109 kerana gagal mematuhi notis atau perintah.

“MBSA menasihatkan warga setempat agar kekal berada dirumah dan patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan,” menurut kenyataan tersebut.

-NAZ

Tinggalkan komen anda