Skip to main content
Berita TimurTerengganu

HSNZ Terima Sumbangan Peralatan Tangani COVID-19

By 22 April 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu semalam telah menerima pelbagai peralatan untuk kegunaan petugas kesihatan yang terbabit dengan pengurusan COVID-19.

Peralatan diterima daripada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) Negeri Terengganu adalah berupa kotak saringan COVID-19, kelengkapan perlindungan diri (PPE), termasuk sarung tangan, sarung kaki, pakaian khas dan tudung kepala serta leher.

Pengerusi Papisma Negeri Terengganu, Dr Mujahid Fauzi Sulong (dua dari kanan) dan Pengarah HSNZ, Dr Amizan Mohamed melihat peralatan sumbangan Papisma.

Pengerusi Papisma Negeri Terengganu, Dr Mujahid Fauzi Sulong (dua dari kanan) dan Pengarah HSNZ, Dr Amizan Mohamed melihat peralatan sumbangan Papisma.

Sumbangan diserahkan oleh Pengerusi Papisma Negeri Terengganu, Dr Mujahid Fauzi Sulong kepada Pengarah HSNZ, Dr Amizan Mohamed pada majlis ringkas di HSNZ di sini.

Dr Mujahid berkata, sehingga kini Papisma dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia telah membelanjakan kira-kira RM70, 000.00 untuk menyediakan peralatan dan sumbangan kewangan itu diterima daripada wakil rakyat, pemimpin masyarakat dan orang perseorangan.

Pengerusi Papisma Negeri Terengganu, Dr Mujahid Fauzi Sulong.

Pengerusi Papisma Negeri Terengganu, Dr Mujahid Fauzi Sulong.

“Sumbangan yang diterima ini digunakan untuk membantu pihak hospital dalam menyediakan PPE kepada petugas kesihatan di hospital seluruh Terengganu.

“Papisma turut menyediakan 50 tukang jahit bagi menyiapkan PPE dan kebanyakan mereka ialah sukarelawan Badan Bukan Kerajaan,” katanya yang ditemui sempena serahan bantuan tersebut, di sini.

Sukarelawan Papisma membawa kotak saringan COVID-19 untuk diserahkan kepada HSNZ.

Sukarelawan Papisma membawa kotak saringan COVID-19 untuk diserahkan kepada HSNZ.

Selain PPE, Papisma juga menyumbang seunit kotak saringan COVID-19 yang bernilai RM2,500.00.

“Kotak saringan itu dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan.

“Dengan adanya kotak saringan itu, diharapkan risiko jangkitan kepada petugas boleh dikurangkan dan seterusnya mampu melancarkan urusan saringan,” katanya lagi.

Dr Mujahid berkata, pihaknya bercadang untuk membina antara lima dan 10 lagi kotak saringan bergantung kepada derma yang diterima daripada orang ramai.

Pengarah HSNZ, Dr Amizan Mohamed melihat peralatan sumbangan Papisma (tengah) mencuba menggunakan kotak saringan COVID-19 sumbangan Papisma.

Pengarah HSNZ, Dr Amizan Mohamed melihat peralatan sumbangan Papisma (tengah) mencuba menggunakan kotak saringan COVID-19 sumbangan Papisma.

Pengerusi Papisma Negeri Terengganu, Dr Mujahid Fauzi Sulong (dua dari kanan) kepada Pengarah HSNZ, Dr Amizan Mohamed.

Pengerusi Papisma Negeri Terengganu, Dr Mujahid Fauzi Sulong (dua dari kanan) kepada Pengarah HSNZ, Dr Amizan Mohamed.

“Dengan lebihan jumlah derma yang masih ada, pihak kami dijangka mampu membina lima unit lagi kotak saringan dalam masa terdekat dan apabila siap kelak, ianya akan diagihkan kepada hospital dan pusat kesihatan di seluruh Terengganu.

“Walaupun tiga daerah di Terengganu telah diisytihar zon hijau, namun kita perlu sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan kerajaan dan Papisma pula bersedia untuk membantu menangani pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara,” tambahnya.

-ii-

Tinggalkan komen anda