Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Ingkar PKP, 11 Ditahan Berjudi

By 25 April 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PDRM

GOMBAK, 245Apr (Malaysiaaktif) – Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam serbuan di Taman Selayang Utama, di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata mereka yang ditahan berumur 47 hingga 67 tahun ditahan ketika sedang leka bermain judi mahjung.

“Pihak polis telah menahan semua suspek kerana ingkar PKP dibawah Perintah 11 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharaan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Mereka juga disiasat dibawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka dan di bawa ke Balai Polis Selayang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam kes berasingan, Arifai memaklumkan seorang lelaki ditahan kerana memiliki daun ketum ketika melalui satu sekatan jalan raya.

“Beliau yang berusia 38 tahun menaiki motosikal jenis Yamaha Nouvo dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan menjumpai satu plastik berisi daun hijau disyaki daun ketum.

“Suspek telah ditangkap dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 dan telah direman semalam,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda