Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

KASUMA Santuni Tiga Kampung Hulur Bantuan

By 26 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Putra Syed Ambon/Fatin Nabila Muktar (Padang Terap)

PADANG TERAP, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Persatuan Penduduk Kampung Sukamari Pendang, Kedah (KASUMA) menyampaikan sumbangan kepada 60 penduduk di tiga buah kampung di Mukim Tekai Kanan, Kuala Nerang. Kampung terlibat adalah Kampung Tandop Besar, Kampong Lubuk Perong dan Kampong Tandop Besar.

Menurut pengerusi KASUMA Syed Basharuddin Syed Noh, sumbangan ini merupakan hasil dana yang disumbangkan oleh Ahli Jawatankuasa KASUMA dan penduduk di kampung tersebut.

“Sebelum ini beberapa siri sumbangan telah diberi di kampung-kampung di pinggir Pekan Pendang dan sekitar dan untuk kali ini Mukim Tekai Kanan dipilih kerana kampung tersebut mempunyai bilangan asnaf dan miskin yang patut dibantu.

“Seramai enam orang petugas terlibat dan antara barangan keperluan yang disumbangkan ialah beras, gula, minyak masak, tepung dan biskut, lebih mengujakan sumbangan turut dibantu oleh bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid Tahun 1982 (SAHOCA 82) yang turut menyumbangkan wang tunai kepada 60 orang penerima tersebut,” katanya ketika ditemui menyampaikan sumbangan, di sini hari ini.

Pengerusi KASUMA Syed Basharuddin (kiri) memberi sumbangan kepada penerima.

Pengerusi KASUMA Syed Basharuddin (kiri) memberi sumbangan kepada penerima.

Seorang penerima yang ditemui Embun Hassan, 59, sangat bersyukur atas sumbangan ini ini kerana sememangnya beliau benar-benar memerlukan bantuan ketika ini.

“Pada waktu sekarang berlaku perubahan musim kemarau kepada hujan menyebabkan kami tidak dapat menoreh, dengan harga getah yang rendah menyebabkan kami semakin tersepit dan saya juga tidak dapat mengambil upah menoreh kerana hujan berterusan sejak beberapa hari lalu,” ujarnya.

Seorang lagi penerima Zakaria Mehat, amat berterima kasih kepada KASUMA dan SAHOCA yang melakukan sedikit kelainan dalam menyampaikan sumbangan berbanding pihak yang lain.

“Pemberian sumbangan makanan dan wang tunai membolehkan mereka membeli barangan basah seperti ikan, sayur dan lain-lain keperluan keluarga dan serta mampu membantu hidup mereka sekeluarga dalam menghadapi bulan Ramadan untuk tempoh seminggu ini.

-SH

Tinggalkan komen anda