Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) Percuma Sepanjang PKP

By 29 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Ubat Melalui Pos (UMP) adalah satu kaedah pengambilan ubat secara pos oleh pesakit ulangan dan pesakit susulan. Kerajaan prihatin dengan menangung kos penghantaran sebanyak RM5.30 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka, Rahmad Mariman, perkhimatan ini telah dimulakan sejak 2008 lagi dengan tujuan memudahkan orang ramai mengambil ubat dan tidak perlu bertumpu ke farmasi hospital atau klinik kesihatan terpilih.

“Kepada pesakit yang mempunyai preskripsi atau surat pengambilan ubat sedia ada yang tarikhnya jatuh pada PKP dan yang belum berdaftar boleh ‘whatsapp’ ke no. 016-7956691 dengan menghantar gambar surat pengambilan ubat muka hadapan dan kemudian tunggu maklum balas sama ada pengambilan melalui pos atau hadir ke farmasi pandu lalu di Hospital Melaka pada tarikh yang ditetapkan.

“Sejak 5 April kos kiriman UMP adalah secara percuma ditanggung oleh kerajaan dan saya menyeru kepada orang ramai supaya menggunakan kemudahan ini agar pergerakan kita diminimumkan dan terkawal sepanjang PKP dalam memutuskan rantaian Covid-19,” ujar Marimad melalui video yang dimuat naik ke akaun Facebook beliau.

Dalam pada itu, tiada kes baru Covid-19 dalam tempoh dua hari di Melaka dan pesakit yang telah sembuh adalah sebanyak 122 orang, masih dirawat 67 pesakit yang mana 28 kes tempatan dan 39 kes import dan keseluruhan kes positif di Negeri Melaka adalah sebanyak 193 kes.

-KN

Tinggalkan komen anda