
Foto: RTM
PUTRAJAYA, 20 Apr (Malaysiaaktif) – Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir disahkan meninggal dunia hari ini.
Berita tersebut dimaklumkan oleh anaknya, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.
“Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,” katanya.
Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu memiliki tujuh orang cahaya mata.
– Astro Awani