Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Suspek Samun Pasaraya Ditangkap

By 19 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PDRM

GOMBAK, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Pihak polis berjaya menahan dua individu dipercayai terbabit dalam kes samun sebuah pasaraya di Rawang, Khamis lalu yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kedua-dua lelaki berusia 30 dan 35 tahun itu ditahan di lokasi berasingan oleh sepasukan polis, semalam.

“Suspek pertama cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis namun berjaya ditangkap berhampiran stesen minyak Petronas Taman Bersatu.

“Siasatan lanjut membawa kepada penangkapan rakan sejenayah suspek kedua di Batu 16 Rawang yang berperanan menunggang motosikal semasa kejadian sebelum melarikan diri bersama suspek utama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata, hasil semakan turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki bertopi keledar menyamun juruwang sebuah pasaraya di Rawang.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki bertopi keledar menyamun juruwang sebuah pasaraya di Rawang.

“Polis telah merampas wang tunai dipercayai hasil samun lebih kurang RM2000, motosikal dan pakaian yang dipakai suspek dalam kejadian itu.

“Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek tersebut, polis percaya dapat menyelesaikan kes ini yang tular di media sosial,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video seorang lelaki yang bertopi keledar dan memakai topeng muka bersenjatakan parang telah menyamun sebuah pasaraya di Rawang

Suspek bertindak mengacukan parang ke arah Juruwang sebelum bertindak mengambil wang tunai lebih kurang RM7,000 sebelum melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395, 397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta 342.

-NAZ

Tinggalkan komen anda