Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kementerian Kewangan Lulus 2.3 Juta Permohohan Baharu BPN

By 9 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diluluskan, melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion, kata Menteri Kewangan  Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata kelulusan itu dibuat selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan ini.

“Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini adalah sebanyak 10.6 juta, merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion (iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata kerajaan berharap BPN akan dapat memberi manfaat kepada penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini.

BPN merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat bernilai RM260-bilion. Kementerian Kewangan membuka permohonan baharu dan rayuan antara tempoh 1 – 30 April, 2020.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda