
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Sekolah dan madrasah tahfiz berdaftar dibenarkan beroperasi semula berdasarkan tarikh pembukaan sekolahĀ yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lama lagi, kataĀ Ā Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk SeriĀ Ismail SabriĀ Yaakob.
Beliau berkata semua sekolah itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPM,Ā dan bagi madrasah yang mempunyai kemudahan asrama perlu mengikut SOP sekolah asrama yang ditetapkan.
āJadi kepada sekolah tahfiz, tidak perlulah membangunkan SOP mereka sendiri tetapi hanya perlu merujuk dan mengguna pakai SOP yang telah ditetapkan oleh KPM.
āBagaimanapun bagi sekolah dan madrasah tahfiz yang tidak berdaftar perlu membuat permohonan terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Agama Negeri,ā katanya.
Beliau berkata demikianĀ padaĀ sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-MenteriĀ Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diĀ Kuala Lumpur semalam.
— BERNAMA