Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

14 Kes Baharu dengan 11 Kes Penularan Tempatan

By 13 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 13 Jul (Malaysiaaktif) – Kes baharu positif COVID-19 kembali kepada dua digit apabila 14 kes dilaporkan semalam iaitu 11 kes penularan tempatan dan tiga kes import, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Susulan dengan kes terbaharu itu, katanya, jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,718 kes dengan 77 kes adalah aktif kebolehjangkitan.

“Bagi kes baharu, tiga adalah kes import melibatkan warganegara Malaysia, manakala daripada 11 kes penularan dalam negara pula, tiga adalah warganegara dan lapan bukan warganegara Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, kes jangkitan dalam negara membabitkan warga tempatan merangkumi satu kes saringan prarujukan di Sabah serta dua kes di Sarawak.

Di Sarawak, katanya, melibatkan satu kes saringan bergejala di sebuah pusat perubatan di Kuching manakala satu lagi merupakan kontak rapat kes ke-8,694 iaitu sebahagian daripada kluster baharu, Kluster Kejuruteraan Kuching.

“Lapan kes jangkitan dalam negara melibatkan bukan warganegara pula adalah kes saringan kontak rapat kepada kes ke-8,629 dan kes ke-8,630 di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang,” katanya.

Sementara itu, katanya, terdapat empat kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan kes pulih sepenuhnya dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,519 kes atau 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham berkata tiada kematian baharu dilaporkan, justeru itu jumlah kumulatif kes maut akibat wabak itu kekal sebanyak 122 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, sehingga kini, terdapat tiga kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya kes memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda