Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

RMS Terima Sumbangan Pembinaan Kompleks Anak Yatim Bernilai RM1.55 Juta

By 22 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/YIDE

SHAH ALAM, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah berkenan menerima sumbangan aktiviti kebajikan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Baginda menerima sumbangan berkenaan daripada lima syarikat korporat dan agensi berkaitan kerajaan dalam majlis ringkas di Istana Mestika, Shah Alam hari ini.

Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah, berkata sumbangan berjumlah RM1.55 juta tersebut untuk menjayakan pembinaan Kompleks Anak Yatim Pulau Indah.

“Central Sugars Refinery (CSR) Sdn Bhd menyumbang RM1.3 juta, Worldwide Holdings Berhad (RM45,000), Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) (RM36,600), Celcom Axiata Berhad (RM50,000) dan Aiman Platinum Sdn Bhd (RM41,000).

“Pembinaan kompleks anak yatim ini adalah usahasama dengan Central Spectrum Sdn Bhd dan Perbadanan Wakaf Selangor  yang sehingga kini telah mengumpul sebanyak RM 6.3 Juta dan masih memerlukan RM 3.7 Juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut hadir, Pengerusi YIDE, Datuk Bakhtiar Husin dan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merangkap Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) YIDE, Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Katanya, beliau menyeru orang ramai, syarikat-syarikat korporat, agensi berkaitan kerajaan untuk terus memuliakan anak anak yatim dengan terus menyumbang melalui YIDE.

-NAZ

Tinggalkan komen anda