Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

4,000 Jawatan Kosong Ditawarkan di Minggu Karnival Penjanakerjaya Merdeka 2020

By 28 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Eis Perkeso

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan oleh 85 syarikat yang menyertai Program Minggu Karnival PenjanaKerjaya Merdeka 2020 yang sedang berlangsungĀ di seluruh negara sehingga Sabtu ini.

Menteri Sumber ManusiaĀ Datuk Seri M. Saravanan berkata program sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 tahun ituĀ selari dengan inisiatif kerajaan bagi memastikan semua yang terjejas pekerjaan mereka akibatĀ pandemik COVID-19, mendapat pekerjaan baharu.

Beliau berkata pelbagai aktivitiĀ dirangka sepanjang program minggu karnival itu, termasuk temu duga terbuka khas untuk semua golongan pencari kerja di negara ini.

“Kementerian berharap usaha murni dengan menyediakan perkhidmatan pekerjaan di Bulan Kebangsaan ini akan dapat membantu golongan pencari kerja memperoleh pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran negara.

“Pengunjung juga diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di setiap lokasi karnival berlangsung,” katanya dalam kenyataan,Ā semalam.

Orang ramai boleh lawati laman Facebook Eis Perkeso atau hubungi 03-8091 5300 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda