Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Patuhi SOP Dalam Menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan

By 29 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Sheik Amilhisham Sheik Hashim (Jelebu)

JELEBU, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran Pejabat Daerah dan Tanah dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Jelebu telah diadakan semalam.

Pegawai Daerah dan Tanah Jelebu, Abdul Rahim A Aziz, tema sambutan tahun ini ialah ‘Malaysia Prihatin’ yang selari dengan keadaan semasa negara dan menghargai petugas barisan hadapan yang sedang memerangi pandemik COVID-19.

“Semangat Malaysia Prihatin ini hanya ditujukan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan sahaja, malah ianya turut ditujukan kepada rakyat yang menjadi tulang belakang dalam memerangi pandemik ini serta membuktikan rakyat Malaysia boleh bersatu dalam keadaan senang mahupun susah,” ujarnya lagi.

Tambah beliau lagi, semangat tersebut perlu terus disemarakkan ke segenap lapisan masyarakat bukan sahaja dalam usaha menamatkan wabak COVID-19 tetapi juga dalam usaha mengukuhkan lagi perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Pegawai Penerangan Daerah Jelebu (Kanan) menyampaikan Jalur Gemilang kepada Pegawai Daerah dan Tanah Jelebu, Abdul Rahim.

Pegawai Penerangan Daerah Jelebu (Kanan) menyampaikan Jalur Gemilang kepada Pegawai Daerah dan Tanah Jelebu, Abdul Rahim.

“Situasi kini seharusnya dijadikan alasan untuk kita tidak menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan, semangat patriotisme perlu terus dipupuk dan disemai dalam kalangan kakitangan dan rakyat dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai manifestasi tanda cintakan negara,” ujarnya.

Program-program yang dilaksanakan demi menyemarakkan sambutan kemerdekaan perlu mematuhi SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan serta penjarakan fizikal perlulah diamalkan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 diputuskan sepenuhnya.

Manakala Pegawai Penerangan Daerah Jelebu, Abd Halim Jumat, menyeru rakyat terutamanya warga Jelebu untuk mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah dengan berteraskan konsep ‘Satu rumah, Satu bendera’.

“Aktiviti mengibar Jalur Gemilang ini adalah sebagai salah satu cara menzahirkan rasa cinta serta penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira negara dalam memperjuangkan kemerdekaan negara,” katanya ketika ditemui.

Turut hadir bersama, Timbalan Pentadbir Tanah Daerah Jelebu, Irwan Wahyudi Ibrahim.

-AK

Tinggalkan komen anda