Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

2,500 Pelajar B40 Terima Dermasiswa MyBrighter Future YTN 2020

By 12 September 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 2,500 pelajar baharu daripada keluarga golongan B40 di seluruh negara, terpilih menerima tawaran program Dermasiswa ‘MyBrighter Future’ Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 2020 bagi melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang, di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Daripada jumlah itu, seramai 154 orang adalah pelajar baharu dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah di Sabah, yang terpilih menerima dermasiswa berkenaan pada tahun ini.

Pada majlis itu, perdana menteri turut menyaksikan majlis menandatangani Nota Kerjasama antara kerajaan dan TNB, bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama pelaksanaan program dermasiswa MyBrighter Future.

Program dermasiswa MyBrighter Future memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar bumiputera dan bukan bumiputera, daripada keluarga berpendapatan rendah di seluruh Malaysia yang mengikuti pengajian dalam bidang atau kursus tertentu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda