Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Alias Isa Penyandang Pesaka Adat Suku Tiga Batu Maharaja Setia

By 16 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi (Jempol)/Dato’ Dagang Mohd. Salleh Atan

JEMPOL, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Datuk Maharaja Setia ke-14 Alias Isa, kini menyandang Pesaka Adat Suku Tiga Batu Maharaja Setia menggantikan Shaharuddin Dahlan yang meninggal dunia 30 November lalu setelah ditabalkan baru-baru ini.

Istiadat ini merupakan upacara yang terdapat dalam adat perpatih dan perlu dilaksanakan untuk melantik seorang ketua yang telah dipilih dan dipersetujui sebulat suara oleh anak-anak buah daripada kalangan Buapak, Ibu Soko dan Tua Waris dari Suku Tiga Batu Maharaja Setia.

Menurut Datuk Penghulu Luak Jempol Datuk Lela Putra Setiawan Abd Hafit Anuar Abu Bakar, adat seperti ini perlu dimartabatkan dan perlu mempunyai kesinambungan terutama dalam mengisi mana-mana kekosongan Besar Waris yang ada dalam menjaga kepentingan dan kebajikan anak waris.

“Selain daripada menjaga kepentingan waris, adat ini juga adalah sesuatu yang unik dan perlu diketengahkan terutamanya kepada generasi muda dan secara tidak langsung dapat menyatukan anak-anak buah tanpa mengira perbezaan pendapat dan pandangan.

“Diharap dengan pelantikan ini, Datuk Maharaja Setia ke-14 akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin seperti mana yang dikehendaki.

Turut hadir wakil Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan ketua-ketua jabatan daerah Jempol.

-SH

Tinggalkan komen anda