Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Hijrah Sebagai Asas Perpaduan dan Keharmonian Yang Utuh – Maarof

By 12 September 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sheik Amilhisham Sheik Hashim/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Majlis Maal Hijrah Peringkat Daerah Jelebu tetap diteruskan biarpun kali ini sambutannya agak berbeza.

Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad, berkata sambutan Maal Hijrah kali ini diadakan dalam suasana yang agak berbeza dari norma dan kelazimannya kerana ketika ini negara masih dalam usaha memerangi penularan pandemik COVID-19.

“Hijrah dapat dikaitkan dengan asas perpaduan dan keharmonian yang utuh yang membolehkan sesebuah negara melalui pembangunan fizikal yang pesat, peningkatan ekonomi yang mampan dan juga melalui kematangan lanskap politik.

“Peristiwa hijrah Rasulullah SAW adalah lambang pengorbanan dan kejayaan yang wajar diteladani, bersempena Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, marilah sama-sama kita seluruh umat Islam di Jelebu ini khususnya, berhijrah membentuk sebuah daerah yang maju dengan asas perpaduan dan keharmonian yang utuh,” katanya ketika menyampaikan perutusan sempena majlis, di sini semalam.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan ceramah Maal Hijrah oleh Penceramah Selebriti, Imam Muda Asyraf dan penyampaian anugerah sempena Maal Hijrah.

Turut hadir, Pegawai Daerah Jelebu, Ketua-ketua Jabatan dan barisan Pengerusi Masjid Kariah setempat.

-AK

Tinggalkan komen anda