
PUTRAJAYA, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki berusia 33 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletak di tepi jalan berhampiran kawasan denai kembara terkenal di Tanjung Kubong, Labuan semalam.
Ketua Polis Daerah Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata lelaki yang lengkap berpakaian sukan itu ditemukan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu dengan enjin kenderaan masih hidup oleh orang awam pada 6 petang.
“Selepas menerima maklumat mengenai kejadian, sepasukan polis dan pasukan perubatan digegaskan ke lokasi. Pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan perubatan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia dan tiada unsur jenayah ditemukan,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya siasatan awal mendapati lelaki itu menghidap penyakit darah tinggi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
— BERNAMA