Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sambutan Hari Kebangsaan ‘Norma Baharu’ Cameron Highlands Meriah

By 3 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Arief/Muhammad Hariz (Cameron Highlands)

CAMERON HIGHLANDS, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan 2020 Peringkat Daerah Cameron Highlands tetap berlangsung dalam suasana meriah di Dewan Puncak Arabella Tanah Rata, walaupun sambutan kali ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana ancaman pandemik COVID-19.

Persembahan Deklamasi Sajak oleh Mohd Radzi Samsuddin.

Persembahan Deklamasi Sajak oleh Mohd Radzi Samsuddin.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kerajaan negeri akan sentiasa berusaha memastikan kebajikan rakyat tetap dijaga.

“Seperti mana sedia maklum tema sambutan kali ini adalah ‘Malaysia Prihatin’, tema ini secara umum bermaksud seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi COVID-19 yang masih melanda negara kita dan menjadi keprihatinan atau sikap mengambil berat kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam menempuhi waktu yang sukar ini,” ujarnya menerusi sidang video sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 Negeri Pahang.

Menurutnya lagi, pemilihan tema ‘Malaysia Prihatin’ sangatlah tepat dan perlu dihayati oleh semua pihak. Selain itu, rakyat Malaysia hendaklah memelihara dan mengukuhkan lagi perpaduan sesama kita dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan kerjaya.

“Dalam menangani penularan COVID-19 ini, segala aktiviti yang dilaksanakan dalam Sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Tetamu yang hadir diwajibkan terlebih dahulu untuk memeriksa suhu badan mereka, memakai pelitup muka, mengekalkan penjarakan fizikal antara satu sama lain dan beberapa langkah lagi diambil bagi memastikan bukan sahaja kejayaan program pada hari ini tetapi juga memastikan norma baharu diterapkan sepanjang program berlangsung,” katanya.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Cameron Highlands Mohd Zaidi Awang, berkata sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ merupakan menifestasi kepada segala usaha dan kerjasama semua pihak di dalam cabaran menangani pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Lafaz Ikrar Rukunegara pada Sambutan Hari Kebangsaan.

Lafaz Ikrar Rukunegara pada Sambutan Hari Kebangsaan.

“Sambutan Hari Kebangsaan yang telah diadakan secara serba ringkas adalah selaras dengan norma baharu dan semangat kecintaan terhadap negara sentiasa dipupuk dan disemarakkan dengan penglibatan semua jabatan dan juga wakil pimpinan masyarakat dalam menjayakan sambutan pada tahun ini,” ujarnya yang mewakili Pegawai Daerah Cameron Highlands merasmikan majlis, di sini baru-baru ini.

-KN

Tinggalkan komen anda