
PUTRAJAYA, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited untuk membangunkan Tapak Arkeologi Sungai Batu dekat sini menjadi kompleks penyelidikan arkeologi lapangan dan ruang pelawat sebagai galeri terbuka sekali gus merancakkanĀ sektor pelancongan negara ini.
Sehubungan itu, Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata kementeriannya akan meyakinkan kerajaan supaya meluluskan peruntukan untuk melaksanakanĀ perancangan berkenaanĀ yang dianggarĀ mengambil masa dua tahun untuk siap.
Pembangunan kompleks arkeologiĀ di kawasan ini boleh menjana pendapatan negara menerusi aktiviti ekopelancongan selain meningkatkan kegiatan ekonomi penduduk setempat, katanya kepada pemberita selepas melawat tapak arkeologi itu hari ini.
Menurutnya MOTAC kini Ā giat mengenal pasti produk pelancongan domestik termasuk tapak arkeologi itu untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan baharu di negara ini.
Untuk rekod, hasil penyelidikan membuktikan tapak ituĀ adalah tamadun tertua di Asia Tenggara denganĀ penemuan tapak peleburan besi,Ā ritual dan pentadbiran serta jeti kuno seawal 788 Sebelum Masihi dan telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 28 Nov 2017.
— BERNAMA