Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

1,345 Kes Pulih, 972 Kes Baharu

By 10 November 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Sejumlah 1,345 pesakit sembuh pandemik COVID-19 iaitu lebih tinggi daripada 972 kes baharu dalam tempoh 24 jam di negara ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 29,579 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini mencatat 11,308 kes.

Dr Noor Hisham berkata daripada 972 kes baharu, 967 merupakan kes penularan dalam negara dan lima kes import dilaporkan.

“Bagi penularan tempatan, Sabah terus mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 370 kes, Negeri Sembilan mencatat 260 kes, Selangor (137), Wilayah Persekutuan Labuan (63), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (20), Perak (51) dan Pulau Pinang (34).

“Kedah dan Johor masing-masing mencatat lapan kes, Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya  masing-masing merekodkan lima kes, Sarawak (empat) dan Kelantan dengan dua kes,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), semalam.

Dr Noor Hisham berkata terdapat lapan lagi kematian baharu akibat wabak itu, menjadikan jumlah keseluruhan maut, 294 kes.

Sehingga kini, terdapat 86 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda