
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Artikel yang diterbitkan oleh jurnal saintifik laman web Nature, yang menyifatkan rawatan kesihatan negara sebagai ‘serba kekuranganâ adalah âpernyataan yang tidak tepat dan langsung tidak benar sama sekaliâ, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu artikel yang bertajuk âThe scientist-gardener who is harnessing tobaccoâs power to healâ, yang memetik kenyataan seorang pakar imunulogi molekul berpangkalan di London, Audrey Teh, yang mengaku sebagai rakyat Malaysia, yang mendakwa Malaysia tidak mempunyai sistem rawatan kesihatan negara dan “banyak keluarga yang âdimufliskanâ oleh bil perubatan yang tinggiâ.
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia mencapai perakuan Liputan Kesihatan Universal (UCH-universal health coverage) pada tahun 1990 menerusi peruntukan awam yang dibiayai cukai perkhidmatan rawatan kesihatan.
Menurutnya Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.
Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata pelbagai perkhidmatan menyeluruh diliputi, termasuk promosi kesihatan, pencegahan penyakit, perawatan dan rawatan pemulihan.
âSemua penduduk di Malaysia boleh mendapat akses kepada semua perkhidmatan ini dengan bayaran yang minimum, manakala perkhidmatan bagi penduduk yang memerlukan seperti yang miskin, kurang upaya dan warga emas, disediakan secara percuma.
âIni mewujudkan jaringan keselamatan yang kukuh, memastikan bahawa tiada sesiapa yang dinafikan akses kepada rawatan kesihatan yang diperlukan, tanpa mengira keupayaan untuk membayarnya,â katanya.
Dr Noor Hisham berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunai (WHO) juga terus memperakui bahawa Malaysia menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang berkualiti berdasarkan kepada sistem rawatan kesihatan yang baik, dan tenaga kerja yang cukup terlatih.
âDengan perkhidmatan kesihatan awam yang disubsidi, kerajaan mengutip bayaran pengguna yang amat minimum.
âDalam pelbagai aspek, peruntukan rawatan kesihatan awam, yang secara praktikalnya adalah percuma buat semua, dan dari satu sudut adalah menyamai dengan Perkhidmatan Kesihatan United Kingdom,â tambahnya.
— BERNAMA