Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Padah Kurung Mangsa, Ah Long Ditahan

By 10 November 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Polis menahan lima lelaki disyaki Ah Long haram yang bertindak mengurung, memukul dan mengugut seorang mangsa lelaki, ekoran melanggar syarat perjanjian kad mesin juruwang automatik (ATM) dalam operasi pada 7 Nov lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, tangkapan terhadap lima orang lelaki warga tempatan itu, dilakukan selepas menerima aduan seorang pengadu pada 6 Nov, mengatakan adiknya telah ditahan suspek berkenaan.

“Serbuan di sebuah rumah dekat Sungai Petani, Kedah dilakukan pada 7 Nov kira-kira pukul 4.30 petang, dan menahan kesemua suspek selain menjumpai mangsa,” katanya pada sidang akhbar, semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek mengaku telah mengurung serta memukul mangsa kerana melanggar syarat dengan membuat kad ATM baru dan mengeluarkan wang daripada akaun tersebut tanpa kebenaran.

“Mangsa kemudiannya dipanggil untuk berbincang dengan salah seorang suspek berkenaan di rumah tersebut namun, sebaliknya beliau dikurung, dipukul, diugut dan diminta untuk melunaskan hutang sebanyak RM3,000,” katanya.

Noorzainy berkata, polis telah merampas sejumlah kad ATM, senjata berbahaya seperti parang, batang besi, pedang buatan sendiri serta beberapa telefon bimbit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan sebatan atau dengan mana-mana daripada seksaan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda