Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Bantuan Persekolahan Ringankan Beban Golongan Kurang Berkemampuan

By 21 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azrul Hafiz Mohamad Nazri (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Kementerian Wilayah Persekutuan menyampaikan bantuan kepada golongan miskin bandar bagi meringankan beban mereka dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak khususnya bagi penduduk di Parlimen Batu.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr JP Santhara Kumar, Program School Uniform Campaign 2020 ini bertujuan membantu ibu bapa dalam memastikan keperluan anak ke sekolah tahun hadapan tersedia.

“Program yang diadakan ini adalah untuk membantu golongan miskin bandar dan golongan yang terkesan akibat COVID-19 yang berada di Projek Perumahan Awam (PPA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi meringankan beban mereka.

“Pendidikan anak-anak amat penting demi masa depan mereka, fokus kerajaan adalah untuk membantu golongan ini mendapatkan pendidikan yang sempurna, dan program ini akan menjadi acara tahunan kementerian,” katanya ketika menyampaikan bantuan tersebut di Gereja St Joseph Jalan Sentul, di sini semalam.

Menurut Ketua Paderi St Joseph George Pakiasamy, lebih 400 penerima bantuan telah dikenal pasti di sekitar kawasan Sentul dan Batu.

“Selain bantuan kelengkapan persekolahan anak-anak, bantuan berbentuk keperluan barangan dapur turut diberikan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Tinggalkan komen anda