Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kanak-kanak Empat Tahun Hilang Selepas Jatuh dalam Longkang

By 29 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 29 Dis (Malaysiaaktif) – Seorang kanak-kanak perempuan etnik Rohingya berusia empat tahun dikhuatiri lemas apabila hilang selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Kampung Ampang Campuran di Kuala Lumpur petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata operasi mengesan kanak-kanak itu sejak petang tadi, turut bertumpu di kawasan perangkap sampah yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi bagaimanapun terpaksa dihentikan pada pukul 8.10 malam tadi disebabkan persekitaran kawasan yang gelap dan arus deras.

“Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh kedalam longkang di sekitar rumahnya di Lorong Ikan Jelawat 8 ketika bermain, sebelum dihanyutkan ke longkang besar dengan lebar kira-kira 10 meter dan kedalaman air kira-kira satu meter,” katanya.

Norazam berkata usaha mencari akan bersambung pagi ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kesemasan pada pukul 5.50 petang semalam daripada keluarga mangsa sebelum menggerakkan dua jentera bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda