Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

SM Sains Pendang Mulakan Sesi Persekolahan Tahun Hadapan

By 21 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Nawawi Kasa/Armizie Hanazifs (Pendang)

PENDANG, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Akademi Pintar, Sekolah Menengah (SM) Sains Pendang akan memulakan sesi pengajiannya tahun depan apabila sesi temuduga bagi calon sekolah tersebut telah selesai dan kumpulan pertama dijangka masuk tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air & Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah Datuk Suraya Yaacop, berkata mulai tahun 2021, SM Sains Pendang akan mula beroperasi sepenuhnya.

“Sebelum ini, saya berkali-kali memohon daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar membina sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh (SBP) di sini.

“Hasil permohonan tersebut, pihak KPM meluluskan sebuah SM Sains dan kini bertukar status kepada SM Sains Akademi Pintar pertama dan bakal menjadi mercu tanda terbaharu bagi daerah ini,” katanya sempena lawatan kerja Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin, di sekolah tersebut, di sini semalam.

Dr Radzi melawat bangunan di dalam SM Sains Pendang ketika lawatan kerjanya, di sini semalam.

Dr Radzi melawat bangunan di dalam SM Sains Pendang ketika lawatan kerjanya, di sini semalam.

Walaupun tidak menepati permintaan asal, Suraya tetap berpuas hati atas pembinaan sekolah tersebut dan berharap agar Daerah Pendang berterusan mengecapi pembangunan pendidikan yang unggul.

“SM Sains Pendang ini memiliki reka bentuk menarik dan suasana pembelajaran kondusif dan bakal melahirkan lebih ramai lagi pakar sains serta generasi terpelajar di negara kita pada masa akan datang.

“SM Sains Pendang ini bukan hanya berstatus Sekolah Sains biasa, malah merupakan Akademi Pintar Pendang (APP) pertama yang di negara kita,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda