Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

13 Kompaun Dikeluarkan Sejak PKP Dilaksana

By 30 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Naim (Jempol)/IPD Jempol

JEMPOL, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak 13 kompaun telah dikeluarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di daerah Jempol.

Pengerusi Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah Syahrul Nizam Saleh, berkata pihak penguat kuasa di sini sentiasa membuat pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Dalam pemantauan ini, pihak kami berpuas hati dengan kepatuhanan premis perniagaan dan pengunjung yang datang terhadap pelaksanaan SOP yang ditetapkan, namun kompaun tetap dikeluarkan kepada mereka yang ingkar,” katanya ketika membuat tinjaun bersama Ketua Polis Daerah di sekitar Bandar Bahau, di sini semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hoo Chang Hook, menjelaskan kebanyakan premis yang dikompaun adalah atas kesalahan melanggar SOP seperti membuka premis pakaian dan tidak memaparkan kod QR My Sejahtera.

“Sebelum kompaun dikeluarkan, pihak kami terlebih dahulu memberikan amaran dan teguran serta memberi peluang kepada pemilik premis untuk mematuhi SOP yang ditetapkan, apabila pemeriksaan selanjutnya dibuat, premis masih gagal untuk mematuhi barulah kompaun dikeluarkan,” katanya.

-AK

Tinggalkan komen anda