Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

4,029 Kes Baharu, Angka Harian Tertinggi Setakat Ini

By 17 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Malaysia mencatat 4,029 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini, angka harian tertinggi sepanjang pandemik itu melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah itu melibatkan 4,021 kes tempatan dan lapan kes import sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 155,095.

“Bagi kes penularan dalam negara, 2,711 kes melibatkan warganegara Malaysia manakala 1,310 kes adalah bukan warganegara,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Dr Noor Hisham berkata 2,148 kes dilaporkan pulih menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 adalah sebanyak 117,375 kes atau 75.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, lapan kematian akibat COVID-19 dilapor menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara adalah sebanyak 594 kes.

Dr Noor Hisham berkata Selangor masih kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,466 diikuti Johor (719 kes) dan Sabah (449).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda