Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

4,094 Kes Baharu Direkodkan, 10 Lagi Kematian

By 29 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Bilangan kes baharu COVID-19 di negara ini kembali meningkat kepada lebih 4,000 kes, selepas empat hari berturut mencatat angka bawah jumlah itu.

Dengan 4,094 kes baharu dicatat, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini 198,208 dengan 43,192 kes aktif, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan, semalam.

Seramai 303 orang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata daripada kes baharu yang dicatat, 4,086 adalah kes tempatan dengan 3,328 warganegara dan 758 bukan warganegara, manakala lapan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan dua warganegara dan enam bukan warganegara.

“Kes kematian pula adalah 10 kes, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 setakat ini adalah 717 orang, manakala terdapat sembilan kluster baharu dikesan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sejumlah 3,281 kes sembuh dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif sembuh daripada COVID-19 ialah 154,299 orang.

Selangor masih mencatat kes harian baharu paling tinggi dengan 1,577 kes, diikuti Johor 717 kes; Kuala Lumpur (678); Sabah (282); Sarawak (171); Pulau Pinang (99); Perak (94); Kedah (92); Terengganu (80);  Melaka (73); Pahang (72); Labuan (55); Negeri Sembilan (48); Kelantan (37); Putrajaya (10); dan Perlis (sembilan kes).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda