Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Aktivis Bantu Penduduk Setempat Mohon Bantuan Secara Percuma

By 27 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shahril Alias (Port Dickson)

PORT DICKSON, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Inisiatif seorang aktivis dalam menjalankan perkhidmatan secara percuma kepada masyarakat setempat untuk membuat permohonan bantuan yang disediakan oleh pihak jabatan dan agensi kerajaan wajar dipuji.

Aktivis Baharudin Mian, 60, menjadi penghubung dengan menyemak dan menghantar dokumen serta permohonan agar diisi dengan lengkap oleh pemohon supaya menepati kriteria yang ditetapkan.

Menurutnya, setiap hari pasti ada pemohon yang datang berjumpa untuk semakan borang bantuan mereka.

“Saya seronok dapat membantu masyarakat dengan cara seumpama ini kerana tidak semua orang faham prosedur dalam penyediaan dokumen serta mengisi borang permohanan bantuan.

“Dalam situasi negara yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini, ramai yang terjejas dan memerlukan bantuan dengan segera dan tugas saya hanyalah mempermudahkan urusan mereka agar permohonan dapat diproses dengan cepat tanpa ditolak disebabkan borang yang tidak lengkap,” katanya.

Tambah Baharudin, memandangkan beliau juga ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), beliau rasa terpanggil untuk membuka kaunter ini secara percuma dan memudahkan urusan masyarakat.

“Khidmat ini menjadi satu kepuasan apabila permohonan tersebut berjaya diperolehi dengan cepat dan masalah mereka dapat diselesaikan,” katanya.

-AK

Tinggalkan komen anda