Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Cabaran Pembelajaran Dalam Talian

By 24 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Pembelajaran atas talian menjadi sesuatu yang tidak asing lagi buat golongan pendidik dan pelajar semenjak wabak COVID-19 melanda dunia.

Situasi ini menyebabkan para guru dan pelajar secara drastik perlu mengubah kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) dengan melakukannya secara dalam talian yang menjadi satu cabaran yang amat besar kepada pendidik, pelajar mahupun ibu bapa.

Seorang ibu, Nurul Akma Mohd Zain, 40, pekerja swasta dari Kampung Berenjut, berkata tidak semua ibu bapa berkemampuan membeli gajet untuk semua anak yang bersekolah tambahan pula mereka yang mempunyai anak ramai.

Nurul Akma Mohd Zain,40, pekerja swasta dari Kampung Berenjut terpaksa berkongsi gajet dengan anak-anak untuk menyertai kelas dalam talian.

Nurul Akma Mohd Zain,40, pekerja swasta dari Kampung Berenjut terpaksa berkongsi gajet dengan anak-anak untuk menyertai kelas dalam talian.

“Saya dan anak-anak terpaksa berkongsi gajet secara bergilir-gilir untuk menyertai kelas dalam talian.

“Walaupun begitu, secara tidak langsung, pembelajaran secara dalam talian telah menjadikan saya lebih mahir dalam bidang pendidikan dalam talian ini,” katanya yang mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah menengah dan rendah.

Bagi pelajar, Tengku Qaisara Amani Tengku Razi Azna, 14, dari Taman Air Jernih, suasana riuh-rendah di rumah dan ruang belajar yang tidak selesa adalah antara cabaran yang dihadapinya.

“Perkara tersebut menyebabkan saya susah untuk memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran dalam talian dijalankan.

Tengku Qaisara Amani Tengku Razi Azna,14, pelajar, dari Taman Air Jernih berkata sukar menumpukan perhatian ketika sesi pembelajaran dalam talian.

Tengku Qaisara Amani Tengku Razi Azna,14, pelajar, dari Taman Air Jernih berkata sukar menumpukan perhatian ketika sesi pembelajaran dalam talian.

“Namun begitu para guru sekarang lebih kreatif dalam mempelbagaikan lagi pembelajaran dalam talian seperti penggunaan aplikasi Zoom, Google Classroom dan sebagainya menjadikan proses pembelajaran dalam talian lebih seronok,” jelasnya.

Sementara itu, seorang guru dari Chukai, Nurulfaradilla Omar, 34, berkata guru perlu membuat banyak persediaan bahan, merakam video bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk mengikuti pembelajaran dalam talian bersama guru serta menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer setiap hari untuk mengajar, menyemak latihan dan tugasan serta memberikan maklum balas kepada para pelajar.

Nurulfaradilla Omar, 34, Guru dari Chukai.

Nurulfaradilla Omar, 34,
Guru dari Chukai.

“Kerjasama pelajar, ibu bapa dan guru amatlah penting dalam proses pembelajaran dalam talian.

“Ia boleh dicapai dan dilaksanakan apabila semua pihak bekerjasama dan memahami peranan masing-masing dan tidak mustahil cabaran pembelajaran dalam talian akan menjadi lebih mudah pada masa akan datang,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda