Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Cawangan Industri Khas Ditutup Sementara untuk Sanitasi – LHDN

By 2 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 2 Jan (Malaysiaaktif) – Cawangan Industri Khas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan ditutup sementara mulai 4 Januari sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

LHDN menerusi kenyataan memaklumkan cawangan itu terletak di Tingkat 11-13, Blok 8, Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

Katanya dalam tempoh berkenaan, pelanggan dinasihatkan untuk melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda