Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: 3,306 Kes Baharu, Empat Kematian

By 19 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak 3,306 kes baharu COVID-19 dan empat kematian  direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kes mencecah 161,740 kes manakala jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di negara ini sebanyak 605 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes positif baharu, terdapat tujuh kes import dikesan manakala 3,299 adalah penularan tempatan membabitkan 2,198 warganegara dan 1,101 bukan warganegara.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pada hari ini ialah 38,791 kes dengan 226 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 94 kes memerlukan  bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19.

Beliau berkata bilangan kes sembuh COVID-19 adalah 2,293 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya sebanyak 122,344 atau 75.6 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengenal pasti sembilan kluster baharu COVID-19.

Beliau berkata kluster baharu itu dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang yang mana tujuh daripadanya membabitkan kluster tempat kerja.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda