
Foto: Infografik Kementerian Kewangan
PUTRAJAYA, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing kekal RM1.84 dan RM2.14 seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam tadi sehingga 15 Jan ini.
Kemententerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit diesel bagaimanapun naik satu sen kepada kepada RM2.02 berbanding RM2.01 seliter sebelum ini.
âHarga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
âKerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,â katanya.
— BERNAMA