
Foto: Infografik KPDNHEP
PUTRAJAYA, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.90 dan RM2.20 seliter dari 30 Jan hingga 5 Feb ini.
Bagaimanapun, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan mengumumkan harga runcit diesel dalam tempoh sama turun dua sen daripada RM2.09 seliter kepada RM2.07 seliter.
Kementerian itu berkata harga berkenaan adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kerajaan akan terus memantauĀ kesan perubahanĀ harga minyak mentahĀ dunia sertaĀ mengambilĀ langkahĀ yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikanĀ dan kesejahteraan rakyat terusĀ terpelihara.
— BERNAMA