Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Ibu bapa Ceria Terima Bantuan Sekolah

By 18 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tengku Saifulah Tengku Mohamed(Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Langkah kerajaan meneruskan bantuan persekolahan telah menceriakan 260 orang penerima dari golongan kurang berkemampuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Asri Zakaria, 51, berkata walaupun sesi persekolahan pada tahun ini ditangguhkan seketika, ibu bapa memerlukan bantuan tunai itu untuk membeli kelengkapan alat tulis serta pakaian sekolah.

“Bantuan persekolahan yang diberikan oleh pihak kerajaan amat dinanti-nantikan ibu bapa yang kurang berkemampuan setiap kali menjelang sesi baharu persekolahan.

Penerima bantuan beratur seawal pukul 8.00 pagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Penerima bantuan beratur seawal pukul 8.00 pagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kelengkapan sekolah yang agak mahal pada masa kini sememangnya membebankan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak ramai selain cabaran berdepan masalah kewangan ekoran penularan wabak COVID-19 pada masa ini,” katanya.

Menurutnya lagi, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat diharapkan bantuan ini memudahkan para ibu bapa menyediakan peruntukan bagi membeli segala kelengkapan sekolah anak-anak.

Ibu kepada tiga orang anak, Ilzan Manaf, 42, menyatakan rasa syukur dan akan memanfaatkan sebaik mungkin bantuan yang diterima beliau.

“Memandangkan hanya suami sahaja yang bekerja, kami berasa lega sekurang-kurangnya bantuan yang diterima ini mengurangkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk persiapan persekolahan anak-anak kelak,” katanya.

Ilzan Manaf, 42 berkata akan memanfaatkan bantuan persekolahan yang diterima untuk anak-anaknya.

Ilzan Manaf, 42 berkata akan memanfaatkan bantuan persekolahan yang diterima untuk anak-anaknya.

Seorang lagi penerima dari Kampung Duyong, Rohana Jali, 50, turut zahirkan rasa gembira dan menyifatkan bantuan yang diberikan itu sangat membantu untuk memastikan anaknya dapat pergi ke sekolah dengan pakaian lengkap sama seperti murid lain.

“Bantuan ini menjadi pembakar semangat untuk anak-anak belajar dan sedikit sebanyak mempengaruhi peningkatan kecemerlangan di sekolah nanti,” katanya.

Rohana jali, 50, berkata bantuan yang diterima sebagai pembakar semangat anak-anaknya untuk belajar.

Rohana jali, 50, berkata bantuan yang diterima sebagai pembakar semangat anak-anaknya untuk belajar.

Selain bantuan awal persekolahan sebanyak RM100, program yang dilaksanakan di Pusat Rehabilitasi dan Hemodialisis Seberang Takir, Kuala Nerus, kelmarin turut mengedarkan baucer barangan keperluan harian bagi mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan khususnya mereka yang hilang punca pendapatan sejak penularan wabak COVID-19 ini.

-ii-

Tinggalkan komen anda